Semalam Sabtu 10 Sept..bangun awal..membasuh baju jap..ke kedai beli UM dgn MW.Beli nasi lemak..sarapan jap.Tengah hari ke KL..plan nak hantar borang keje kat Ameerul..dia lak ada hal.Sessi perjumpaan dgn kawan YG iaitu Yus..Borak2 jap..jalan jap kat SOGO..lama tak jejak kaki kat sini...dulu selalu la gak.Beli barang sikit..rabak gak la duit..hehehe..Beli sekali hadiah hari jadi untuk anak saudara..
Tak tau nak kemana...lagi pun masih awal lagi..Panas mentari amatlah terik.Gi makan jap kat KFC..tgh sedap2 makan..ternampak kawan blog SHAK dgn kawannya..Than jumpa dgn diorg jap..borak2..rupanya SHAK tgh servey piala untuk Kejohanan Bola Tampar YM 18 September ni..Insyaallah ingat nak tropong2 kot hehehe...Lepas tu wak gi tgk "KL MENJERIT 1" ok gak la..tapi yg mula2 dulu lebih seronok sikit la...Akhirnya dapat gak wak beli album Best of MAWI World..hehehe..

Sinopsis..
Dengan tajuk ‘KL menJERIT 1' , ia bakal mengutarakan kisah Shahrul ketika mula-mula menjejakkan kaki di bandaraya Kuala Lumpur, serta hubungannya dengan Ku Izham dan Nina. Siapakah Ku Izham dan Nina di hati Shahrul?
Ku Izham, sepupu dan juga sahabat akrab Shahrul ketika di kampung, telah lama berhijrah ke Kuala Lumpur . Di Kuala Lumpur, Ku Izham bekerja di kilang percetakan, selain terlibat dengan lumba haram. Namun Ku Izham tidah pernah lupa kepada keluarganya, kampungnya dan juga pada Shahrul. Ku Izham telah beberapa kali cuba memujuk Shahrul untuk ikut serta dengannya ke Kuala Lumpur . Tetapi Shahrul begitu menyayangi kampung halamannya itu. Tambahan pula Shahrul tidak begitu yakin dengan dirinya yang tiada pelajaran, mahupun pengalaman untuk memperjudikan untung nasib di kota besar seperti Kuala Lumpur . Namun, akhirnya Shahrul tewas dengan pujukan dan janji Ku Izham untuk mendapatkannya pekerjaan di Kuala Lumpur .
Sementara itu, Ku Izham secara tidak sengaja berkenalan dengan Khatijah, seorang pelajar perubatan di Universiti Malaya . Ku Izham yang bersikap anti-sosial begitu tertarik dengan peribadi Khatijah yang lemah lembut dan berpendidikan. Tetapi nasib Khatijah tidak secerah gadis-gadis lain. Kegadisannya diragut angkara teman lelakinya yang terdahulu, Sam. Sam yang suka berlumba haram mempertaruhkan Khatijah sebagai habuan. Mulai detik itulah, hidup Khatijah berubah. Akibat begitu tertekan dengan peristiwa hitam itu, Khatijah cuba meredakannya dengan menelan pil penenang. Episod malang itu dirahsiakan daripada semua orang, kecuali Nina. Kehadiran Ku Izham yang begitu ikhlas, serba sedikit mengubat duka di hati Khatijah.
Nina pula yang merupakan seorang pegawai penyiasat, cuba membantu Khatijah dengan misinya memerangkap mereka yang merogol Khatijah. Kecekapan Nina menunggang motorsikal telah membuatkannya rapat dengan Shahrul yang juga cekap menunggang. Nina menyembunyikan identitinya dan bergaul rapat dengan mat-mat motor bagi mencari maklumat kegiatan mereka itu.
Sementara itu, hubungan Shahrul dan Ku Izham menjadi keruh apabila Shahrul menasihati Ku Izham agar menjauhkan diri daripada Khatijah setelah mengetahui kisah Khatijah daripada Nina. Ku Izham jadi berang kerana Shahrul cuba mencampuri urusan peribadinya, lalu menghalau Shahrul dari rumahnya.
Dengan mempergunakan Shahrul untuk berlumba dengan Sam, Nina berjaya memerangkap kumpulan mat motor yang merogol Khatijah. Shahrul mula menyedari kejadian yang menimpa Khatijah bukan kerana kesilapannya, tetapi telah diperalatkan. Shahrul memohon maaf daripada Khatijah dan berjanji merahsiakannya daripada Ku Izham.
Tanpa pengetahuan Shahrul, Ku Izham rupanya merancang untuk berhijrah ke Johor Bahru. Ketika dalam perjalanan ke Johor Bahru bersama Khatijah, Khatijah telah terjatuh daripada motorsikal yang ditungganginya. Sebuah kenderaan daripada belakang tidak dapat mengelak lalu menggilis Khatijah. Ku Izham yang kemudiannya menyedari ketiadaan Khatijah di belakangnya, cuba berpatah balik dengan menentang arus kenderaan. Kegopohan Ku Izham mengundang kecelakaan lain. Ku Izham pula dilanggar. Shahrul yang mengejar daripada belakang setelah mengetahui Ku Izham mahu berhijrah, hanya mampu melihat dua kejadian tragis tersebut. Ku Izham dan Khatijah menemui PenciptaNya di pangkuan Shahrul.
Nina pula berjaya dalam tugasnya, dan dihantar ke luar negara untuk mendalami bidang perisikan. Dalam diam, Shahrul dan Nina menyimpan perasaan antara satu sama lain. Shahrul kemudiannya meneruskan kehidupannya sendirian di Kuala Lumpur , setelah ditinggalkan oleh mereka yang rapat dengannya..
Posted at 12:49 pm by sabak
Permalink