Entry: Dulu 2005-09-21



24 tahun yang lalu, 1979 ( saya berumur 7 tahun )

1.Saya dilanggar motor Vespa, dihadapan simpang menuju ke kedai.Dihantar oleh pakcik ke Klinik Sungai Besar dalam keadaan berlumuran darah bersama emak.Dihantar pula dgn ambulan ke Hospital Besar Kuala Lumpur.Ditempatkan di wad kanak-kanak selama 2 minggu.Proses jahitan dibuat di bahagian kepala sebelah kiri..hampir dgn telinga.Dah lupa berapa jahitan..nasib baik tak dibedah.Kesan parut masih ada hingga kini..Sejak kemalangan..saya tidak makan buah pisang hingga ke hari ini.

2.Dah mula cari duit poket dgn menolong emak mengasingkan duri daun mengkuang utk dibuat tikar.Memang seronok kerja tu..sekurang2nya saya tahu proses2 pembuatan tikar mengkuang yang dihasilkan oleh keluarga sendiri.

1984..19 tahun yang lalu (saya berumur 11 tahun )

1.Dalam Darjah 5 Merah..guru kelas Cikgu Siti Aisyah Binti Husin..sekampung dgn saya.Pertama kali ambil periksa Penilaian Darjah 5.Dapat 1 A aja..yang lain semua cukup2 makan..biasa la budak kampung banyak main je.

2.Bersunat @ masuk jawi di Klinik Kesihatan Sungai Besar bersama sepupu iaitu Osman.lebih sepuluh kali keluar masuk tandas hehehe..Saya adalah org pertama antara kawan2 sekampung yang bersunat.Lebih seminggu baru baik sbb saya banyak sangat minum air..hehehe..

3.Selalu disuruh kawan2 sekelas Darjah 5 untuk dekorasi kelas.Tampal apa2 yang patut supaya kelas nampak cantik.

4.Kawan pertama yg rapat bernama ZULAZUA..tak tahu dimana beliau sekarang.Harap dapat jumpa satu hari nanti.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments